Syria (LEMBU)

RM960.00

Clear
SKU: syr-1 Category:

RM960 / Satu Bahagian

Tiga juta rakyat menjadi pelarian dinegara sendiri, lebih 500,000 orang maut, dianggarkan 3 juta buah rumah dan bangunan musnah. Rakyat hidup merempat dalam khemah-khemah usang yang tidak mampu memberi perlindungan kepada meraka daripada panas, hujan dan kesejukan salji. Lebih 50% rakyat menganggur atau tidak mempunyai kerja tetap. Makanan dan keperluan harian mengharapkan bantuan orang lain. Inilah negara Syria. Pembunuhan dan pengeboman keatas rakyat marhaen masih berterusan. Setiap hari ada sahaja kematian akibat kekejaman dan kerakusan mempertahankan kuasa dan kebatilan. Rakyat Syria sudah 8 tahun hidup terseksa. Mendapatkan sesuap nasi adalah satu perjuangan yang perlu dilakukan setiap hari. Tidak kemewahan dalam hidup mereka lagi. Harapan mereka hanyalah ……….. datanglah segera wahai Hari Raya Korban! Inilah satu-satunya hari harapan sebuah keluarga dapat merasa makan daging, setahun sekali. Demi memenuhi hajat dan harapan saudara-saudara kita di Syria, sekali lagi tahun ini NGO Al-I’tisam akan mengadakan Program Korban dan Akikah Syria. Kami bercadang untuk melaksanakan korban di Albab, Afrin, Tal Abyad dan Manbij. Insya-Allah, dengan sokongan memberangsangkan dari anda semua kami juga bercadang untuk berkorban di Douma, bandar yang 80% dimusnahkan oleh Bashar al Assad dan sekutunya Russia.